[Video] Berang Penerbangan Ditunda, Penumpang Serang Juruterbang

Disebabkan kelewatan penerbangan di sebuah lapangan terbang di Delhi, India, seorang penumpang bertindak menyerang seorang juruterbang dalam sebuah pesawat pada Isnin.

Menerusi sebuah video di media sosial, penumpang lelaki tersebut meluru dan memukul pembantu juruterbang yang ketika itu sedang membuat pengumuman kelewatan penerbangan

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Sahil Kataria, dipercayai marah dengan kelewatan penerbangan IndiGo selama beberapa jam.

Video tersebut turut memaparkan Sahil Kataria menjerit meminta agar pintu pesawat dibuka jika mereka enggan menerbangkan pesawat.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan penumpang untuk siasatan.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu menggantikan kru penerbangan Delhi-Goa mengikut peraturan had tugas penerbangan selepas perkhidmatan itu ditangguhkan di New Delhi kerana kabus tebal, menurut laporan media tempatan.

Cuaca buruk di utara India telah menjejaskan banyak operasi penerbangan sejak Ahad.

Sumber : Awani