Pesakit ‘Ditidurkan’. KKM Jelaskan Maksudnya

Pesakit ‘ditidurkan’ kerap kali kita dengar terutama ketika pandemik Covid-19 melanda dunia.

Ianya adalah perkara yang menjadi ketakutan bukan sahaja kepada pesakit tetapi buat seluruh ahli keluarga.

Dalam satu kenyataan, KKM berkata, tanggapan negatif dan buruk terhadap perkataan ‘ditidurkan’ hanyalah salah faham dan perlu dibetulkan agar maklumat tidak tepat dapat dibendung sepenuhnya.

Kaedah intubasi atau ditidurkan adalah salah satu cara untuk mematikan pesakit dengan kaedah yang paling selamat adalah mitos dan tidak benar.

Pesakit ditidurkan atau induced coma ialah usaha paling optimal untuk menyelamatkan nyawa terutamanya apabila seseorang pesakit mengalami keadaan klinikal dan kritikal dan mengancam nyawa.

Pesakit yang ditidurkan dan kemudian meninggal dunia, bukan disebabkan oleh proses ditidurkan tetapi disebabkan status kesihatan yang semakin kritikal dan kegagalan organ yang semakin merosot.

Antara indikasi pesakit perlu ditidurkan antaranya adalah pesakit tidak boleh bernafas dengan sendiri, tahap oksigen yang rendah dalam darah pesakit, kemerosotan fungsi organ utama dan saluran pernafasan tersumbat.