Dia Kembarku bawa mesej berat buat masyarakat

Bukan suatu kisah biasa namun telemovie bertajuk ‘Dia Kembarku’ membawa mesej yang cukup sarat dengan realiti kehidupan manusia yang hanya mementingkan paras rupa.

Sementara itu Dia Kembarku Mengisahkan tentang Datuk Jamal (Norman Hakim) yang sanggup mengusir salah seorang daripada anak kembar (Amina) hanya kerana dilahirkan dengan kecacatan di bahagian muka. Ternyata kehidupan Amina cukup berbeza dengan cara hidup kembarnya yang dilahirkan sempurna Amira.

Sikap pilih kasih ayah mereka yang ternyata malu dengan pemberian tuhan itu akhirnya memakan diri.

Rata-rata penonton cukup tersentuh dengan kisah yang jarang diangkat dalam masyarakat kita ini. Walaupun penyakit “ mementingkan kecantikkan” ini tidak terlalu serius namun apa yang cuba disampaikan Dia Kembarku mempunyai mesej tersendiri.

Sementara itu penerbit telemovie ini Jaja Ishak yang juga pemilik bersama Kembara Sufi Production memberitahu dalam menghasilkan telemovie ini dia memastikan pemilihan pelakon adalah cukup sesuai dengan watak.

“Ini adalah drama yang berat jadi kami mahu pelakon-pelakon yang dipilih sesuai, sebab itu kami turut melakukan casting.

“Di pihak saya sendiri kami sentiasa mahu menghasilkan telemovie yang berkualiti buat penonton di luar sana,”katanya.

Sementara itu selain Emma Maembong, Dia Kembarku turut mengandingkan Norman Hakim dan Lisdawati.