“Dengki Pada Anak Sendiri, Tak Rasa Kasih Sayang Ibu” – Fatiya Latiff Luah Perasaan

Pelakon sensasi, Fatiya Latiff sekali lagi menarik perhatian ramai apabila membuat hantaran luahan hatinya sebagai seorang anak di Instagram pada Khamis.

Setiap kenyataan dan tindakan yang dibuat pelakon ini membuatkan peminat dan netizen tertanya-tanya dimanakah ahli keluarga Fatiya. Sebelum ini ramai yang menasihati Fatiya untuk mendapatkan rawatan bagi kesihatan mental.

Menerusi hantaran terbaru, Fatiya memuat naik luahan hati daripada seorang anak yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibunya sejak kecil.

“Seorang anak, tak perlu dipertikaikan tentang tinggi atau rendah iman seseorang. Tetapi sebagai seorang anak, amat sedih apabila seorang ibu cuba memecah belahkan adik-beradik dari kecil.

“Sanggup menggunakan ilmu hitam, dan sanggup mempunyai niat untuk membunuh anak sendiri, bapa menjadi mangsa keadaan. Cuba meyakinkan diri sakit walaupun sebenarnya tidak.

“Menyalah guna kuasakan darjat ibu akibat sikap dengki pada anak sendiri. Tidak pernah merasakan kasih sayang ibu dari kecil, cuma wang, tekanan dan ketidak adilan orang pada diri membuatkan ibu rasa gembira.

“Atok pernah cakap, kalau rasa diri paling cantik, 1000 lagi ada lebih cantik, kalau rasa diri itu pandai. 1000 kali, lagi ada orang lebih pandai.

“Terima lah kenyataan. Walaupun saya berjalan sorang dalam dunia ini, ALLAH sudah cukup untuk saya,”luahnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang berteka-teki dan ingin mengetahui cerita sebenar di sebalik luahan hati tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)