Suhaimi Saad Kekal Pendirian Tolak Vaksin Covid 19

BEKAS anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad bertegas dengan keputusannya untuk tidak akan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Meskipun ia telah disarankan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, pendiriannya tetap sama.

“Aku tak kecam ulama atau mufti serta tidak berniat untuk menghasut sesiapa. Apa jua pendapat orang, ia tidak akan mengubah pendirianku.

“Ini sebab aku pun ambil dari Al Quran. Dalam Al Quran, Allah kata kalua kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ini, nescaya kau disesatkan dari jalan Allah,” tulisnya.

Perkongsian Suhaimi beberapa hari lalu.

Suhaimi berkongsi pandangannya itu menerusi Instagram miliknya beberapa hari lalu.

Entri itu mendapat perhatian pengikutnya yang menyuarakan pandangan masing-masing.

Selain menolak vaksin, Suhaimi dan keluarga juga tidak mengambil sebarang ubat-ubatan yang disahkan pihak berkuasa.