Daripada seorang pelawak kini Eyya mahu dikenali sebagai penyanyi

Mula melangkah dalam bidang seni sebagai seorang pelawak. Nama Eyya mungkin bukan sesiapa buat masa ini.

Namun Mula dikenali dengan pertandingan Gegar Lawak anjuran saluran Astro Warna sebelum ini, gadis berusia 23 tahun ini sebenarnya mula dikenali melalui aplikasi Bigo Live beberapa tahun yang lalu.

Dikurniakan sikap peramah dan berjenaka. Ternyata karakter yang ada pada gadis yang berasal dari Sandakan, Sabah ini cukup disenangi.

Mahu mencuba nasib dalam bidang nyanyian kini Eyya muncul dengan single pertama berjudul Hey Eyya

Mendapat kepercayaan daripada Papa Jub Production Sdn. Bhd. yang percaya kepada bakat yang dimiliki membuatkan dia yakin lagu Hey Eyya mampu memberikan variasi baharu kepada industri seni tanah air.

Tambahan pula lagu yang berentak pop dance cukup energetik dan dekat di hati serta ditambah dengan koloberasi bersama Bell Ngasri, Eyya yakin lagu tersebut mampu menghiburkan sesiapa sahaja.

Bakat Eyya sebenarnya sudah dihidu oleh Zamzoy yang percaya dia mampu pergi jauh di dalam bidang seni seperti artis popular yang lain sekiranya diberikan jalan yang betul.

Menariknya, Zamzoy bersama Juhana Asri bertindak selaku penulis lirik sudah melihat karektor Eyya dan lagu tersebut juga ditulis mengikut karektor dan keperibadian Eyya yang ‘happy go lucky’.

Mengenai pemilihan Bell pula, pihak pengurusan percaya keserasian antara mereka sudah wujud memandangkan masing-masing diberikan kepercayaan mengendalikan segmen Parodi MeleTop menerusi rancangan MeleTop.

Tidak mengambil masa yang panjang sepanjang rakaman, Eyya atau nama sebenarnya Nik Nur Amira Syahira Nik Zaini meskipun tidak pernah mengikuti mana-mana kelas vokal berjaya memberikan mutu rakaman yang baik seperti yang dikehendaki oleh penerbit.

Jelasnya, lagu pop dance tersebut membuatkan dia gembira dan tidak berhadapan dengan tekanan saat proses tersebut berlangsung.

Terdahulu, Eyya turut menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar anjuran saluran Astro Warna membentuk sebuah kumpulan bersama Pinky dan Sharul Kamal. Turut bertanding termasuklah Bocey, Joey, Zero, Rahim dan ramai lagi.