Antara momen paling indah buat dirinya, pelakon Lisa Surihani berkongsi perasaan bagaimana dapat melihat tanpa menggunakan kanta lekap.
Jelasnya sebagai pengguna tegar kanta lekap selama 24 tahun, tentunya dapat melihat dengan jelas selepas melakukan pembedahan Flapless membuatkan dia sangat bersyukur.
“Proses itu hanya berlangsung selama 10 minit, memang saya mengambil masa yang agak lama sebelum buat keputusan untuk membuat Flapless mungkin ada perasaan takut juga sebenarnya.
“Sebelum melakukan prosedur itu saya diminta membaca satu surah yang terletak di suatu sudut bilik tersebut. Seperti biasa memang sayang tidak nampak.
“Jadi selepas berakhirnya prosuder tersebut saya diminta membaca kembali surah itu. Pada mulanya memang tidak nampak tetapi beberapa saat selepas itu say dapat lihat dengan jelas. Memang sewaktu itu perasaan saya sangat terharu dan air mata tidak henti turun. Betapa besar kebesaran Allah,” kongsinya.
Sementara itu Lisa turut berkongsi nasihat buat mereka yang turut menggunakan kanta lekap seperti dirinya sebelum.
“Saya memang menggunakan kanta lekap agak awal kerana saya aktif bersukan. Jadi silapnya bila saya tidak memastikan penggunaan yang betul.
“Sepatutnya kanta lekap tidak boleh digunakan lebih daripada 12 jam. Selain perlu membuka sebelum tidur malam.
“Selain bila selalu menarik keluar kanta lekap akan membuatkan mata kita sedikit berubah bentuk. Itu adalah sebab saya terpaksa menangguhkan prosuder mata saya sebelum ini,” katanya kepada The News Malaysia.