“Cubaan seorang warga emas melarikan duit masjid, gagal!”

Kredit-Kuseman.com

Seorang lelaki berumur 51 tahun cuba melarikan wang tabung masjid berjaya ditangkap yang  berlaku awal pagi semalam di Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang.

Menurut laporan Berita Harian, suspek berjaya disyaki apabila beberapa pihak membuat pemeriksaan melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di dalam masjid lingkungan jam 2.15 pagi.

Menurut, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, suspek terbabit ditahan hasil tindakan pantas petugas pondok kawalan keselamatan di Taman Temerloh Jaya, di sini yang memeriksa rakaman (CCTV) di dalam masjid tersebut.

“Beberapa petugas kemudian bergegas ke masjid itu dan berjaya menahan suspek. Mereka kemudian menghubungi polis dan suspek dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal kita mendapati suspek menggunakan lidi bagi mengeluarkan duit dalam tabung sebelum perbuatannya berjaya dikesan,” katanya dipetik Berita Harian.

Sementara itu, beliau berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan haram itu berseorangan berikutan selepas melihat rakaman CCTV, sebelum suspek ditangkap.

Bagaimanapun, tambah beliau, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan.