Banjir dah surut di Kelantan dan Terengganu

Berita menggembirakan bagi penduduk negeri Kelantan dan Terengganu terhadap keadaan banjir yang semakin pulih dan bilangan mangsa di pusat pemindahan turut berkurangan. 

Turut difahamkan, laporan Awani mengatakan bilangan mangsa yang berada di Kelantan seramai 7,519 melibatkan 2,977 keluarga diikuti Terengganu 512 melibatkan 129 keluarga.

Tambah lagi, Bilangan tersebut menurun secara positif berbanding malam tadi iaitu seramai 7,595 dari 2,998 keluarga di Kelantan dan 642 orang dari 164 keluarga di Terengganu.

Kemudian, Negeri seterusnya yang terjejas dengan banjir ialah Sarawak yang melibatkan seramai 93 orang dari 19 keluarga serta Johor 21 orang dari empat keluarga telah ditempatkan di pusat pemindahan.

Bagaimanapun, keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin surut dan terkawal. Para keluarga juga perlu membuat pembersihan rumah bersama.