Lelaki Menyamar Jadi Teman Wanita Duduki Peperiksan Petugas Kesihatan

Lelaki yang dikenali sebagai Angrez Singh, 26, tiba di pusat peperiksaan Universiti Sains Kesihatan Baba Farid di Punjab tiba dengan memakai pakaian wanita, berlipstik, memakai bindi, gelang merah serta membawa dokumen atas nama teman wanitanya yang Bernama Paramjeet Kaur, 34.

Walaupun Angrez berjaya memperdayakan kakitangan universiti namun dia gagal menipu

pengimbas biometrik apabila datanya tidak sepadan dengan maklumat terdapat dalam pangkalan data.

“Calon itu berjaya memasuki dewan peperiksaan, namun pengawas peperiksaan berasa curiga kerana gambar Paramjeet pada borang permohonan tidak padan dengan wajah calon terbabit.

“Selepas itu, pemeriksaan biometrik dilakukan dan data dikemukakan calon tidak sepadan dengan maklumat yang ada dalam rekod.

 

“Kami mendapati pemuda bernama Angrez Singh cuba menyamar sebagai Paramjeet. Malah, dia juga memiliki kad Aadhaar, kad pengundi dan kad pengenalan diri yang palsu atas nama Paramjeet Kaur,” kata polis kepada Indian Express.

Kekasihnya, Paramjeet sebelum ini pernah menduduki peperiksaan tersebut namun gagal. Jadi sebagai kekasih, Angrez menawarkan diri untuk menggantikan tempatnya dengan harapan agar lulus peperiksaan.