Hampir Maut Kerana Vape

Gara-gara menghisap vape seorang remaja di Britain hampir maut akibat hipersensitiviti pneumonitis (HP), yang membuatkan saluran udara dalam paru-parunya keradangan.

Berkongsi pengalaman yang berlaku ke atas dirinya dua tahun lalu, menurut Ewan Fisher yang berusia 19 tahun kini semuanya bermula apabila dia muntah dan mengeluarkan cecair hijau.

Katanya lagi sebelum kejadian hampir meragut nyawanya itu berlaku dia hanya baru menggunakan vape selama empat bulan.

Menurut pakar perubatan yang merawatnya keadaan itu berlaku disebabkan tindak balas kimia yang terdapat dalam kandungan vape tersebut. Akibat daripada kejadian itu, Ewan berada di hospital selama sebulan dan mengambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya.

Tidak mahu perkara ini turut terjadi kepada mereka yang lain di luar sana, Ewan menasihati kepada perokok agar tidak menukar tabiat sewenang-wenangnya. Jelasnya lagi lebih baik agar perokok tidak bertukar kepada vape.

Sumber Dailymail