PENYOKONG Manchester United dilaporkan bergaduh sesama sendiri dalam perlawanan menentang Brighton semalam.
Suasana pada awalnya tegang di tengah padang selepas pasukan kendalian Erik ten Hag itu dikejutkan dengan dua gol daripada pasukan Brighton.
Dua gol jaringan Pascal Gross di babak pertama itu menjadi sejarah apabila United tidak pernah dikalahkan pasukan itu di Old Trafford sejak 113 tahun lalu.
United bagaimanapun sekadar mampu menjaringkan satu gol di separuh masa kedua menerusi jaringan sendiri oleh Alexis Mac Allister
Kekalahan memalukan itu membuatkan keadaan di tempat duduk penyokong The Red Devils menjadi tegang dan berlaku pergaduhan antara mereka.