17,100 tan sisa makanan sehari dihasilkan oleh rakyat Malaysia

HAMPIR 38,000 tan metrik sisa pepejal dihasilkan setiap hari di Malaysia. Daripada jumlah itu, 45 peratus daripadanya merupakan sisa makanan. Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Meerican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

Beliau juga turut menerangkan bahawa sisa makanan diklafikasikan kepada dua kategori iaitu sisa masih boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.

Tambah beliau, isu itu menjadi cabaran buat kementerian itu untuk mengurus selia rawatan sisa pepejal khususnya sisa makanan. 

Selain itu, kementerian juga sedang merangka sistem pengurusan sisa pepejal supaya lebih efektif bersama beberapa pihak lain. 

Sebuah laporan Future Institute yang dikeluarkan di Australia menyatakan, negara Malaysia menghasilkan lapan peratus sisa makanan yang boleh dimakan. 

Oleh itu, pihak kementerian juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar Jepun dalam membangunkan garis panduan pengurusan sisa makanan. 

Datuk Seri Reezal yang menjawab persoalan di parlimen juga menyatakan pihak kementeriannya sedang dalam peringkat akhir mengemukakan dasar dan hala tuju baharu pengurusan sisa pepejal negara dengan visi yang lebih jelas. 

Sumber: Berita Harian