Berjemur tengah panas semata-mata untuk gelapkan kulit, Shaheizy Sam bukti pelakon Malaysia bertaraf antarabangsa

Bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon yang segani. Ternyata apa yang diperlukan bukan sahaja bakat tetapi dedikasi dalam melahirkan kualiti dalam setiap watak dalam lakonan.

Membuktikan dia antara pelakon bertaraf profesional, ternyata Shaheizy Sam tidak mengambil mudah setiap tanggungjawab yang diberikan.

Terbaru perkongsian isterinya Syatilla Melvin memberi sebab untuk peminat di luar sana terus menghargai pelakon berusia 37 tahun ini.

Ketika orang lain sibuk bersantai didalam rumah memandangkan cuaca agak panas, tetapi pelakon ini mengambil kesempatan berjemur di luar rumah.


Menurut Syatilla, suaminya itu perlu berjemur dalam memastikan kulitnya sedikit gelap sebagai persediaan untuk watak dalam filem terbaharunya Polis Evo 3.

“Tidak hairanlah dia menang semua anugerah dalam filem-filem dia. Baring dekat laman rumah untuk gelapkan kulit demi Polis Evo 3, komited yang tidak boleh bawa bincang laki aku ni.

“Semoga industri kita terus maju Insya -Allah #inibarulahanakseni,”tulisnya.