Donald Trump Beri Amaran Akan Naikkan Taraf Jika Perjanjian Tidak Dapat Dicapai!

Dagangan dolar USD mempamerkan peningkatan berbanding kumpulan matawang utama lain pada pasaran sesi Asia hari ini, sementara menantikan perkembangan lanjut dalam rundingan perdagangan Amerika Syarikat dan China. Pasaran juga turut menumpukan  kepada pernerbitan laporan minit mesyuarat daripada Federal Reserve As (Fed).

Isyarat yang bercampur-campur terus mengelirukan pasaran di mana dalam perkembangan dagangan terbaru, pentadbiran AS telah melanjutkan lesen Huawei untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat-syarikat Amerika selama 90 hari lagi.

Sementara itu, Presiden AS Donald Trump pula sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang mengancam bahawa beliau akan meningkatkan tarif ke atas barangan import China jika perjanjian tidak dapat dicapai untuk menamatkan perang dagangan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan semalam ketika beliau bercakap pada mesyuarat Kabinet di White House, mengatakan beliau mempunyai hubungan yang baik dengan China, tetapi Negara itu perlu membuat perjanjian yang disukai olehnya.

Rang undang-undang yang dikeluarkan oleh senat AS untuk melindungi hak asasi manusia di Hong Kong juga turut menimbulkan ketegangan antara dua ekonomi gergasi itu apabila China memberitahu AS supaya tidak campur dalam urusannya dan Hong Kong.

Di Eropah, matawang pound menyusut selepas perdebatan pilihan raya yang dikatakan tidak konsisten antara pemimpin Parti Konservatif Perdana Menteri UK Boris Johnson yang mendahului tinjauan pilihan raya untuk menang dan pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn.

Selain itu, matawang euro diniagakan berhati-hati berbanding USD apabila dolar USD mula mendapatkan sokongannya di tengah-tengah perkembangan rundingan dagangan yang memberi isyarat bercampur.