Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga, Ramai Terkejut Daler Yusuf Dah Kahwin 10 Tahun

Perkongsian berita gembira Daler Yusuf bakal menimang cahaya mata ketiga menerusi aplikasi Tiktok mengejutkan ramai orang.

Daler Yusuf mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Sakinah Burikul.

“Suggest baby boy names please,” tulisnya meminta pendapat peminat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang tidak mengetahui bahawa Daler sudah berkahwin kerana tidak pernah berkongsi perihal isterinya itu di media social.

“10 tahun? Eh bila masa pula nikah?

“Dah la 10 tahun. Anak ketiga pula tu. Ketinggalannya aku,” antara komen pada hantaran video tersebut.

Daler menjelaskan yang dirinya sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu di Uzbekistan Ketika masih melanjutkan pelajaran dan belum memasuki industri seni lagi.