Israel Pulangkan 80 Jenazah Rakyat Palestin, Dakwa Ada Organ Yang Dicuri

Rejim zionis dilaporkan telah memulangkan 80 jenazah rakyat Palestin yang dilarikan daripada sebuah hospital di Gaza sebelum ini.

Menurut laporan, kesemua jenazah itu dipulangkan selepas Israel selesai melakukan ‘siasatan’ terhadapnya.

Ketua Hospital Mohammed Yousef El-Najar di Rafah berkata, keadaan jenazah dikembalikan dalam keadaan yang berbeza-beza dan penuh kecacatan disebabkan perang genosid.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza mendakwa, Israel turut mencuri organ daripada 80 jenazah yang dipulangkan di lintasan sempadan Kerem Shalom di selatan Semenanjung Gaza.

“Selepas memeriksa mayat, terlalu banyak perubahan keadaaan mereka dan jelas menunjukkan bahawa Israel telah mencuri organ penting daripada mereka,” menurut kenyataan itu.

Israel juga sebelum ini telah menggali kubur di Jabalia dan mencuri beberapa mayat.

“Israel sebelum ini telah menggali kubur di Jabalia dan mencuri beberapa mayat selain mereka masih mempunyai berpuluh-puluh mayat dari Semenanjung Gaza dalam simpanannya,” kata pejabat itu.⁠

Pihak berkuasa di Gaza telah menggali kubur besar untuk pengebumian.

Sumber : Al Jazeera, CNN