“Dia Seorang Kaki Pukul” – Anak Artis Luah Sisi Gelap Keluarga

Tular beberapa hari yang lalu mengenai seorang individu mendakwa dirinya anak selebriti tempatan dan mendedahkan sisi gelap keluarganya.

Menerusi aplikasi X, individu berkenaan menjelaskan sejak kecil hingga sekarang semua mengenalinya sebagai anak selebriti. Bagaimanapun tiada siapa menyangka luaran bapanya yang kelihatan lemah lembut dan kelakar ternyata seorang yang panas baran dan kaki pukul.

“Aku nak cerita sisi gelap keluarga aku. Aku anak artis, dari kecil semua kenal dan tahu aku anak siapa

“Di luar, di depan peminat semua cakap dia baik, lemah lembut dan kelakar

“Kat rumah? Hanya keluarga sahaja tahu baran dia macam mana,” luahnya.

Disebabkan perangai bapanya itu, keluarga individu berkenaan hidup dalam keadaan ketakutan dan membuatkan dirinya takut untuk berkahwin.

Bukan itu sahaja, malah mental individu terbabit juga diseksa sejak kecil kerana tidak mampu menceritakan kejadian tersebut kepada orang luar memandangkan bapanya seorang selebriti.

“Mental aku diseksa dari keci. Sakit tau..

“Lagi sakit sebab tak boleh nak cerita kat orang luar sebab dia artis yang baik kan?,” luahnya lagi.

Netizen berteka-teki siapakah gerangan artis yang dimaksudkan?