Aliff Syukri akui sedih tiada sebarang pencalonan di AME 2020

Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menolak tiada sebarang pencalonan di  Anugerah MeleTOP ERA 2020 (#AME2020) sedikit mengejutkan pihaknya.

Tambahnya sebagai antara individu yang aktif di semua media sosial dia juga ditanya beberapa pengikut di laman sosial mengenai hal ini.

“Memang ada yang bertanya kenapa satu kategori pon tidak dicalonkan. Tetapi saya pasrah sahaja.

“Ikutkan memang sedih, sebab anugerah ini juga kalau ikutkan menjadi platfom yang baik untuk saya,”katanya sedih.

Sementara itu tahun lepas anak keempatnya Yusoff Al Khardawi memenangi kategori Si Cilik Meletop.

Bercakap mengenai pembukaan kedai D’herbs baru-baru ini di Aeon Bukit Tinggi Klang. Tambah Aliff Syukri dia melihat ini satu lagi pencapaian terbaharu dalam dunia perniagaan buat dirinya.

“Kami sudah ada dua buah kedai satunya terletak di Melawati Mall dan satu lagi kami pilih lokasi di Aeon Bukit Tinggi. Memang menjadi impian saya untuk mempunyai outlet D’Herbs di seluruh negara suatu hari nanti.

“Kami menjual hampir 120 produk di bawah jenama D’ herbs dan tentunya yang paling mendapat sambutan Jus Perawan,” katanya.

Bagi pengunjung yang ingin ke kedai D’Herbs yang terletak Aeon Bukit Tinggi Klang boleh ke Lot S02 2nd Floor Aeon Bukit Tinggi.