Nora Ariffin dedah rahsia kecantikan di usia 46 tahun

Masih cantik di usia 46 tahun, ternyata rahsia kecantikan penyanyi ini menjadi dambaan ramai.

Berkongsi rutin harian kecantikkannya baru-baru ini dengan The News Malaysia kata Nora Ariffin di umurnya kini adalah sesuatu yang sangat penting untuk mencari produk yang betul-betul sesuai selain sangat tegas dengan bahan yang digunakan dalam produk tersebut.

 

“Jangan ikut “trend dan brand” dalam menggunakan produk penjagaan muka. Sebab apa yang penting kesesuaian dengan kulit muka kita.

“Macam saya sendiri saya akan cuba dan tahu apa bahan yang digunakan dalam produk tersebut sebab kita lebih faham kulit kita,” katanya yang kini merupakan duta kepada produk Prettian Malaysia.

Selain itu kata Nora status sebagai seorang penghibur juga memerlukan dia bersolek. Namun penggunaan terlalu banyak bahan solekkan juga akan memberi kesan kepada kulitnya.

“Apa yang saya akan buat untuk kurangkan bersolek. Bersolek kalau perlu sahaja. Jika di rumah saya tidak akan menggunakan sebarang “make up”.

“Selain itu sebelum tidur pastikan kulit muka bebas dari sebarang kotoran. Saya memang amalkan untuk tidur dengan wajah yang bersih sebab ini antara rahsia untuk miliki kulit yang segar,” katanya

Sementara itu bercakap mengenai produk Preetian kata Nora sebagai seorang yang cerewet dia sangat menitikberatkan bahan dan tanggungjawab kepada peminat. Malah dia mengambil langkah berjaga-jaga sebelum bersetuju untuk menjadi duta.

“Bila ada yang tawaran perkara utama yang saya ambil adalah cuba dahulu. Kalau tidak sesuai dengan saya memang saya tolak. Tetapi bila guna produk yang berasal dari Korea ini selama seminggu memang saya sudah akui keberkesanannya. Sangat sesuai dengan kulit saya memadangkan bahan yang digunakan selamat dan organik.

“Buat masa ini hanya ada empat produk di Malaysia namun dalam tempoh beberapa bulan lagi akan ada beberapa siri produk lain yang akan di bawa masuk,” tambahnya.

Prettian diasaskan oleh Noor Alhan Ismail dan berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP Cream dan Silky Brightening Cream.