Tragis! Empat Sekeluarga Terjun Dari Tingkat 22 Apartment

Empat individu dipercayai sebuah keluarga ditemukan maut selepas terjun dari tingkat 22 sebuah apartment di Penjaringan, Jakarta Utara.

Dalam kejadian pada Sabtu, mangsa merupakan pasangan suami isteri dan juga dua anak mereka. Rakaman CCTV di apartment merakamkan empat sekeluarga itu naik ke bahagian rooftoop melaui tangga kecemasan sekitar jam 4.05 petang.

 

Kemudian pada jam 4.21 petang, keempat-empat mangsa sudah terjatuh di bawah apartment tersebut.

Kapolres Metro Jakarta Utara, Kombes Gidion Arif Setyawan mengesahkan kejadian tersebut.

“Empat mayat tersebut meninggal dunia akibat bunuh diri lompat dari lantai 22 apartemen Teluk Intan. Untuk penyebab bunuh diri tersebut belum diketahui,” kata Gidion