Alif Hadi tidak kisah Zizi Kirana terus seksi

Tidak berselindung dia kini berkawan baik dengan penyanyi Zizi Kirana, kongsi Alif Hadi selepas hampir tujuh tahun berkawan dia tidak menolak untuk hubungan yang terjalin ini pergi lebih jauh.

Bagaimanapun ditanya mengenai keadaan rakannya itu yang kini menjadi perhatian bukan sahaja kerana karier nyanyian tetapi keberanian untuk berpenampilan seksi, kongsi pelakon ini dia tidak ada masalah.

Malah jelasnya menjadi perkara biasa untuk lelaki untuk melihat wanita seksi, dan itu termasuk dirinya. Namun jelas Alif itu bukan sebab utama dia berkawan dengan Zizi memandangkan wanita berusia 35 tahun mempunyai sifat yang cukup menyenangkan.

“Saya tidak ada masalah untuk dia seksi, sebab kami berkawan sudah lama dan saya kenal dia seorang yang macam mana. Tidak berpura-pura dan selalu menjadi dirinya yang sebenar membuatkan saya selesa.

“Siapa tidak suka seksi sebagai lelaki saya juga suka. Tetapi bila kita mengenali dia, Zizi adalah seorang yang sangat jujur apa yang di media sosial itulah dia. Saya terima seadaanya,”kongsi Alif.

Sementara itu ditanya sama ada hubungan ini akan ke fasa berbeza. Alif tidak menolak jodoh.

“Hubungan kami memang sudah diketahui keluarga masing-masing. Tidak menolak jodoh tetapi kita tunggu dan lihat,” jelasnya.

Mengakui sebagai teman rapat Alif memberitahu dia juga tahu Zizi sering diganggu ramai lelaki tetapi itu bukan sebab untuk dia berasa cemburu.

Terdahulu Alif kini sibuk mempromosikan filem lakonannya berjudul Bulan Dan Pria Terhebat. Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu bakal ditayangkan pada 13 Mac depan.