Harga kubur Ashraf Sinclair jadi perbualan di media sosial Indonesia

Ketika dunia hiburan masih lagi terkejut dengan berita pemergiaan Ashraf Sinclair ternyata netizen juga tidak pernah sunyi dalam menggali kisah baharu.

Terkini kawasan perkuburan yang menjadi persinggahan arwah juga turut sibuk diperkatakan di media sosial. Menerusi laporan Jawapos.com harga lokasi kubur pelakon iti berharga hampir RM 75 ribu.

Difahamkan kawasan kubur yang terletak di kawasan Karawang ini bukan kawasan biasa. Tanah perkuburan yang dikenali sebagai San Diego Hills merupakan kawasan perkuburan elit yang menjadi pilihan ramai orang kaya di Jakarta.

Mempunyai kawasan yang cukup luas dan pemandangan seperti padang golf, lokasi yang mempunyai nama kebaratan ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa perkuburan untuk dibezakan agama.

Selain Islam kawasan yang berkeluasan 500 hektar ini juga menempatkan perkuburan kristian,budda dan beberapa agama lain.

Menerusi harga yang dipamerkan di laman sesawang pihak pengurusan kubur ini dapat dilihat dengan jelas harga setiap kubur yang berada di situ. Terbahagi kepada “single” “semi private” dan beberapa pakej ternyata harganya juga bukan calang-calang.

Sumber : Jawapos.com