“Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”- pencuri wang masjid berjaya ditangkap

Kredit- Berita Harian

Kini, Kejadian rompakan dan samun semakin berleluasa serta tidak selamat, lebih membimbangkan apabila berlakunya di sebuah masjid tempat para jemaah beribadah.

Namun hari ini, Berita Harian melaporkan, seorang lelaki berjaya ditahan kerana melarikan wang tunai milik jemaah yang sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Qadim di Kampung Kuah, Langkawi, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia lingkungan 40-an berhubung kehilangan wang tunai dalam beg dibawanya ke masjid itu pada jam 7.20 malam kelmarin.

Tambahnya lagi, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemudian berjaya mengenal pasti identiti suspek berusia 20 tahun itu, seterusnya membawa kepada penahanannya pada jam 12 tengah hari semalam.

“Suspek ditahan Polis Bantuan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan sebelum dibawa ke Balai Polis Kuah untuk tindakan lanjut.

“Bertindak atas laporan pengadu, polis kemudian menahan pemuda berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya dipetik Berita Harian.

Sementara itu, Rakaman CCTV yang berdurasi 1 minit 40 saat, yang memaparkan perbuatan suspek melarikan wang tunai turut tular di laman sosial.

Sementara itu, Mohd Iqbal berkata, dalam soal siasat dijalankan, suspek mengaku melakukan perbuatan itu.

“Polis turut merampas beg tangan yang ada kaitan dengan kes itu dan suspek di reman tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya.