Adik Neelofa mengaku sudah bernikah di London?

Walaupun Neelofa masih berteka teki dengan kisah cintanya, nampaknya adik perempuannya iaitu Ameera Khan tidak menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga.

Baru berusia 19 tahun Ameera atau dikenali dengan nama Instagram Little Miss Khan mendedahkan dia sudah berkahwin di London baru-baru ini. Pendedahan ini dibuat melalui laman sosial miliknya itu ketika menjawab persoalan yang diutarakan pengikutnya.

“Ada orang beritahu saya yang kamu sudah berkahwin di London?” Tanya pengikutnya.

Ameera tidak menunggu lama untuk menjawab “yes” atas pertanyaan itu sekaligus mengiyakan dia kini sudah berumah tangga.

Sementara itu pengikutnya juga turut memuji kulit wajah suaminya yang dikenali Idzham.

Meneka sama ada suaminya itu menggunakan produk keluaran ibunya Young And Glow. Ameera secara berseloroh memberitahu semestinya suaminya itu menggunakan produk kecantikkan tersebut kerana merupakan menantu kepada ibunya.

Little Miss Khan ❤️ Idzham