Suami Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair meninggal dunia

Cukup mengejutkan pelakon Ashraf Sinclair yang juga suami kepada penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari meninggal dunia hari ini.

Melalui laporan Kompas.com, berita sedih ini disahkan oleh pengurus Bunga sendiri yang dikenali sebagai Doddy. Difahamkan Ashraf yang juga abang ipar kepada Yuna, meninggal disebabkan serangan jantung, bagaimanapun maklumat terperinci masih belum disalurkan.

Sementara itu Ashraf, 40, merupakan pelakon yang mula dikenali melalui lakonannya untuk watak Eddy dalam filem Gol& Gincu. Memulakan karier di Indonesia selepas berkahwin sejak 2008, Ashraf menjadi antara nama popular di seberang kini.