Ada Pihak Dedahkan Bella Astillah Curang Sejak Oktober Lalu?

 

Nama Bella Astillah kembali menjadi bualan ramai selepas satu akaun Tiktok @edisiumat mendedahkan Bella menjalin hubungan dengan seorang pelakon baru, Muaz Zabir.

Perkongsian itu juga mendedahkan Bella telah berlaku curang terhadap suaminya, Aliff Aziz sejak Oktober tahun lalu.

Dalam video tersebut turut mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mesra yang didakwa antara Bella dengan Muaz selain mereka berkongsi beberapa gambar rutin harian mereka.

 

@edisiumat Sekarang baru faham kenapa. Ni baru tunjuk sikit……. Visit bio #bella #playvictim? #alifaziz #alifazizbella #curang #skandal #fyp #trend ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi Bella kerana beranggapan Bella juga berhak untuk bahagia. Ada juga yang mendakwa gambar-gambar tersebut merupakan gambar lama.

“Tak back up Bella tapi chat tu aku pun boleh edit, date & time dekat iPhone pun boleh adjust & edit weh. Sumpah tak masuk akal betul lah

“Elok la tu. Buat apa nk hadap Aliff yang tak reti hargai dia. Kalau betul go go Bella

“Kantoi tak kantoi , saya tetap support Bella,” antara komen netizen pada video tersebut.