Jaafar Onn Meninggal Dunia

Penghibur lagenda tanah air, Jaafar Onn Awang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 72 tahun di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada Rabu.

Berita pemergiannya dikongsikan oleh anak saudara Allayarham, Fahmi Aziz menerusi hantaran di Facebook.

“Pak cik saya, Jaafar Onn telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” maklumnya.

Allahyarham dikejarkan ke hospital pada Selasa dan ditempatkan di zon kritikal.

Bagaimanapun keadaan Allahyarham kembali stabil dan ditempatkan di wad biasa untuk pemerhatian doktor.

Baru-baru ini juga Media sebelum ini melaporkan, Jaafar mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda.