5 tahun berturut menang Top Social Artist, BTS bawa pulang 3 kategori lain di anugerah BBMA 2021

BTS kembali bertahan selama 5 tahun berturut-turut sebagai pemenang Top Social Artist dalam Anugerah Billboard Music Awards (BBMA) 2021.

Kumpulan asal Korea Selatan itu telah memenangi anugerah kategori tersebut sejak tahun 2017 dan kali ini berhasil mengalahkan BLACKPINK, Ariana Grande, SB19 dan Seventeen.

Di samping itu, BTS yang popular dengan lagu Dynamite juga telah dinobatkan sebagai pemenang bagi tiga kategori lain iaitu Top Song Sales Artist, Top Duo/Group dan Top Selling Song.

Dalam kategori Top Duo/Group, BTS berhasil mengalahkan Maroon5, AC/DC, AJR, dan Dan + Shay. Sementara pada Top Song Sales, BTS sukses mengungguli Justin Bieber, Megan Three Stallion, Morgan Wallen, dan The Weeknd .

Terbaru, BTS melancarkan muzik video bagi single terbaru Butter dan meraih lebih 182 juta tontonan sejak ia dimuat naik di Youtube rasmi HYBE Labels.