Rundingan Pinjaman Hampir Selesai, Safawi Kuatkan TFC Musim Depan

 

Pemain Johor Darul Ta’zim, Safawi Rashid dijangka bakal kembali beraksi dengan Terengganu FC (TFC) musim depan.

Menurut Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, rundingan pinjaman melibatkan pemain kelahiran Dungun berusia 26 tahun itu kini hampir selesai untuk memperkuatkan pasukan TFC.

“Saya tahu beberapa pemain akan kembali seperti Safawi… daripada JDT (Johor Darul Ta’zim) sebagai pinjaman. Saya rasa rundingan hampir selesai. Dan kita sudah menandatangani kontrak dengan beberapa pemain,” katanya pada sidang media selepas perlawanan terakhir Liga Super menentang Perak FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam tadi.

Steinbruckner berkata, tiada rombakan besar akan dibuat sebagai persiapan Liga Malaysia musim baru, namun terdapat sedikit penambahbaikan akan dilakukannya.
Sumber : Bernama