Warga Thailand lahirkan anak dalam pesawat

Seorang wanita yang dalam perjalanan ke Bangkok melahirkan anak dalam pesawat Qatar Airways dari Doha.

Dalam kejadian mengejut itu, pesawat berkenaan terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhas Chandra Bose yang terletak bandar Kalkota,India.

Wanita yang juga warganegara Thailand itu dilaporkan dalam keadaan sihat kini bersama anaknya dan berada di sebuah hospital di negara berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak Qatar Airways, penerbangan yang sepatutnya ke Bangkok itu diteruskan selepas mengisi minyak.