Faizal Tahir Puji Protégé Hazama

    Program realiti Mentor Milenia 2019 yang masuk minggu ke enam minggu lalu kian mendapat perhatian melalui persembahan hebat pesertanya. Antara peserta yang mencuri tumpuan tentunya Apex Tajudin yang juga protege kepada Hazama.

    Berjaya menyanyikan lagi Sejati dengan baik, ternyata ini tidak sekadar membanggakan Hazama tetapi penyanyi asal lagu tersebut Faizal Tahir.

    Berkongsi video persembahan Apex Tajudin malam itu, Faizal turut memuji selain sanggup menawarkan diri menjadi mentor.

    Kalau hebat macam ini aku pun sanggup jadi mentor,” tulisnya di twitter.

    Membalas ciapan di Twitter itu dengan bangga, Hazama turut menerima permintaan Faizal itu dengan baik.

    Ini budak saya bang, kenapa nak bergabung dengan saya ke.”

    Tidak ada masalah,kalau nak tambah sikit lagi cantik, kecil tapak tangan nilu saya tadahkan,” balasnya.