Seorang wanita warga emas salah seorang daripada dua individu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kereta ketika banjir kilat di Jalan Persiaran Molek Utama, Taman Molek di sini hari ini.
Harry Boon Kim Quan, 17, yang memandu kereta mewah jenis BMW 218i dan Lew Say Moi, 70 masing-masing berada di dalam kereta sebelum anggota bomba seramai 13 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya tiba untuk memberi bantuan.
“Pasukan Keluar Operasi (PKO) membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa sejurus tiba di tempat kejadian.
“Mangsa dipindahkan ke kawasan selamat dan balik ke balai setelah operasi selesai,” jelas Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan I Sufian Muhamed Lis.
Sumber : Komso