Netizen Persoal Penampilan Nelydia Senrose Yang Tidak Bertudung

 

Sekali lagi nama Nelydia Senrose menjadi bualan peminat apabila satu video di Tiktok memaparkan yang dirinya tidak bertudung ketika bermain badminton baru-baru ini.

Sepupu kepada aktres itu yang juga pelakon, Aprena Manrose memuat naik video di Tiktok yang mengejutkan peminat. Menerusi video tersebut mereka dilihat baru sahaja selesai bermain badminton.

Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen dilihat membiarkan rambutnya terdedah, selain mengenakan pakaian sukan berwarna hitam.

“La Nelydia tudung terbang ke main badminton

“Nelydia dah free hair ke?,” antara komen yang ditinggalkan netizen pada video tersebut.

Sebelum ini Nelydia menjadi perhatin peminat apabila menukar gambar profil di Instagram dengan gambar dirinya yang tidak bertudung.