Wanita Palestin Lahirkan Kembar Empat, Keluar Hospital Bagi Peluang Pesakit Lain

Seorang wanita Palestin, Iman al-Masry selamat melahirkan kembar empat ketika perang sengit sedang berlaku di Gaza.

Ibu muda itu sedang hamil enam bulan ketika dirinya dan keluarga terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer untuk mencari perlindungan dari Beit Hanoun ke kem pelarian Jabalia pada 7 Oktober lalu.

“Perjalanan sejauh itu menjejaskan kandungan saya yang ketika itu berusia enam bulan,” kata wanita berumur 28 tahun itu sambil menambah dia terpaksa menjalani pembedahan caesarean pada 18 Disember lalu.

Iman diminta untuk segera meninggalkan hospital untuk memberi peluang kepada pesakit lain mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, hanya tiga orang anaknya selamat manakala seorang lagi yang diberi nama Mohammed meninggal dunia kerana terlalu lemah.

“Kami perlu keluar dari hospital untuk memberi katil kepada pesakit lain,” ujarnya.

Kini Iman bersama anak-anaknya, Tia, Lynn dan Yasser kini berlindung di sebuah bilik darjah yang penuh sesak di Deir al-Balah bersama 50 ahli keluarga lain.

Sumber : Awani, Sinar Harian