Jenazah Dipindahkan Tiga Kali Ekoran Banjir

Jenazah seorang wanita dipindahkan tiga kali daripada van jenazah ke trak tentera ekoran laluan di Kampung Paya Garok, Jalan Jerantut – Felda Padang Piol, Jerantut dinaiki air.

Laluan tidak boleh dilalui kenderaan ringan kerana ditenggelami air sejauh kira-kira 100 meter dengan kedalaman air kira-kira 0.5 meter

Menurut Penyelaras DUN Pulau Tawar, Haris Salleh Hamzah yang turut serta membawa jenazah berkata, wanita itu, Zaiton Mohamad, 66 tahun meninggal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat mengalami penyakit radang hati pada jam 11.35 malam, pada Rabu.

Pengurusan jenazah selamat dilakukan dengan Kerjasama tentera, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pejabat penghulu dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sumber : Harian Metro