Khairul Aming Beli Sambal Tiruan Kumpul Bukti, 8 Tuntutan Dihantar Kepada Sambal Nyet ‘Ciplak’

 

Baru-baru ini tular isu seorang usahawan yang mengeluarkan produk dengan meniru Sambal Nyet Berapi milik Khairul Aming.

Khairul Aming menerusi perkongsian di Instagramnya memaklumkan bahawa peguamnya telah mengenal pasti individu di sebalik sambal nyet ‘ciplak’ dan menghantar Letter of Demand (LOD) Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off. 

Sebanyak lapan tuntuan yang telah disenaraikan oleh pihak Khairul Aming dan sekiranya pihak terseut gagal untuk penuhi kesemua tuntutan tersebut pihak Khairul Aming akan membawa kes ini ke peringkat seterusnya.

Menurut Khairul Aming lagi, Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021.

Menerusi video tersebut, Khairul Aming menjelaskan yang dirinya turut membeli produk Sambal Nyet Khairi untuk mengumpul lebih banyak bukti.