Home Berita Luar Negara Wanita Dedah Dirogol 7 Lelaki di India di Hadapan Suami, Dibelasah dan...

Wanita Dedah Dirogol 7 Lelaki di India di Hadapan Suami, Dibelasah dan Dirompak

Sepasang suami isteri dari Sepanyol, Vincente dan Fernanda mendedahkan kejadian ngeri yang menimpa mereka ketika berada di India.

Fernanda dan Vincente menerusi video yang dimuat naik di Instagram mereka mendedahkan mereka telah diserang tujuh lelaki di daerah Dumka di Jharkhand India. Namun apa yang lebih menyayat hati adalah Fernanda telah dirogol beramai-ramai dan dibelasah sekumpulan lelaki berkenaan.

Suaminya juga telah dipukul namun kecederaan Fernanda lebih teruk.

 

Ketika merekod video tersebut pasangan itu berada di salah sebuah hospital di sana dan pihak polis turut bersama mereka.

Pasangan ini telah mengembara ke lebih daripada 60 negara. Mereka berada di India untuk meneruskan perjalanan ke Nepal. Pasangan suami isteri ini juga merupakan duta jenama KLIM Motorcycles.

Sumber : Astro Gempak, X