“Biasanya Lagu Telah Dipilih Awal..” – Siti Nurhaliza Ramal Top 4 Ungguli AJL 38

Datuk Seri Siti Nurhaliza meramalkan beberapa nama yang akan mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-38 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.

Bagaimanapun, menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti, dia perlu menonton terlebih dahulu persembahan finalis AJL 38.

Menurut Tokti lagu telah pun dipilih oleh juri, namun ketika siaran langsung juri akan memberi markah mengikut persembahan.

“Saya pernah jadi juri dulu, biasa lagu telah dipilih awal. Cuma ketika live, juri akan beri markah mengikut persembahan. Tapi wallahualam, kadang-kadang penjurian ni berbeza. Kalau juri berbeza, mungkin cara penjuriannya juga berbeza.

“Dari segi yang ada potensi, pilihan saya Aisyah Retno, Aina Abdul dan Ernie Zakri. Tapi Kugiran Masdo akan buat kejutan. Sebab Kugiran Masdo tu dia macam sesuatu juga,” jelasnya.

Sumber : Astro Gempak