“Kalau Mudarat Diri Tak Payah La” – Hafiz Mahamad Sanggup Berhimpit Tunai Hasrat ‘Team’ Cium Hajar Aswad

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad sanggup berhimpit untuk tunaikan hasrat beberapa ‘team’ nya untuk mencium Hajar Aswad semasa menunaikan ibadah umrah.

Video Hafiz sanggup berhimpit dan berkorban di dalam orang ramai yang bersesak di hadapan Hajar Aswad mendapat pujian netizen.

“Mereka teringin sangat, kita cuba usahakan

“MasyaAllah semua dengan izinnya. Dari semalam lagi Aina cakap ada team nak ke Hajar Aswad. Abang boleh bawakan ? Boleh. Tp malam awak kena urut pinggang

“Alhamdulilah, semoga jadi kenangan untuk team semua,” tulisnya di Instagram.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen ada segelintir netizen yang memberi nasihat di mana mencium Hajar Aswad adalah sunat dan sekiranya memudaratkan diri dan orang lain tidak perlu dilakukan.

“Tolong bezakan perkara sunat, wajib dan haram.. Kucup Hajarul Aswad tu sunat, menyakiti orang lain tu haram.

“Saya bukan haters abang Mahamad, tapi jangan lah sampai mudaratkan orang sekeliling macam ni. Boleh kena stampede bang. Orang boleh mati kena pijak-pijak or squeeze gini.. benda ni sunna je pun,” antara komen yang ditinggalkan pada video yang dimuat naik Hafiz.