Wanita Dakwa Ditolak Teman Lelaki Dari Jambatan Pulau Pinang Ketika Bertengkar

Baca : [Video] Pertengkaran Lelaki dan Wanita Bertukar Tragedi, Jatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan terhadap kes dua individu yang bertengkar dan terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang semalam.

Kedua-dua individu tersebut merupakan pasangan kekasih dan wanita berusia 40 tahun mendakwa ditolak lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai seorang pegawai kanan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, mangsa yang bekerja di sebuah kilang itu didakwa ditolak teman lelakinya selepas mereka bertengkar di hentian Jambatan Pulau Pinang.

“Berdasarkan keterangan awal, mangsa mendakwa dia ditolak teman lelakinya namun siasatan masih dijalankan. Dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Polis akan merekodkan keterangan saksi-saksi yang ternampak kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Kita membuka kertas siasatan memgikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh namun perlu merakamkan keterangan daripada kedua-dua mangsa selain untuk memastikan sama ada benar dakwaan wanita itu dia ditolak atau sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Kok Chin juga menjelaskan pegawai kanan polis tersebut mempunyai sat ukes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut baru-baru ini

Sumber : Sinar Harian