Piala Asia 2023 : Supachai Chaided, Anak Melayu Sumbat Dua Gol Untuk Thailand

Perlawanan Piala Asia 2023 kumpulan F semalam menarik perhatian ramai apabila Thailand muncul sebagai satu-satunya wakil Asia Tenggara yang berjaya merekodkan kemenangan.

Kemenangan Kemenangan 2-0 ke atas Kyrgyzstan itu hasil jaringan penyerang muda Buriram United, Supachai Chaided masing-masing pada minit ke-26 dan m-48.

Supachai Chaided bukanlah pemain baharu dalam dunia bola sepak. Beliau dilahirkan di Pattani dan beragama Islam. Beliau antara pemain berbangsa Melayu yang disenaraikan Masatada Ishii ke Qatar kali ini.

Pemain berusia 25 tahun itu bukan sahaja mengetuai bahagian serangan, namun boleh diletakkan sebagai penyerang kedua atau beraksi di bahagian sayap.

Selain Supachai, pemain berbangsa Melayu yang pernah menyarung jersi skuad Gajah Perang antaranya ialah Adul Lahsoh, Nurul Sriyankem, Narubadin Wirawatnodom dan beberapa pemain lagi.

Supachai sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wartawan jelita, Pia Butsakorn

 

Sumber : Sinar Harian