[Video] “Nyawa Orang Buat Main?” – Netizen Bengang Kereta Halang Ambulans

Sebuah video tular yang memaparkan sebuah kereta menghalang laluan ambulans dipercayai di Jalan Lingkaran Tengah 2 mengundang kemarahan netizen.

Video rakaman dashcam ambulans menunjukkan kereta tersebut seakan mengaja menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit. Ia berikutan kereta jenis Toyoya tersebut sengaja menukar laluan setiap kali ambulans tersebut bertukar laluan.

“Ambulans ke kiri, dia masuk kiri, ambulans ke kanan, dia masuk kanan balik.

“Aku rasa macam nak sodok belakang je. Nyawa orang dalam ambulans dia buat macam tak ada nilai

“Mula-mula aku husnuzon mesti lagu kuat or tinted tebal level plastik sampah hitam.

“Lepas tengok video kedua, dia sengaja slow dekat lane kanan baru aku maki dalam hati.

“Orang macam ni memang layak ditangkap kurung dalam penjara sebab tak sesuai hidup bermasyarakat.”