Pelajar Asyik Keluar Kelas Main Tiktok, Sekolah Buang Cermin Dalam Tandas

Disebabkan pelajar terlalu kerap keluar kelas untuk bermain Tiktok, sebuah sekolah di Carolina Utara membuat keputusan untuk membuang semua cermin yang dipasang di tandas sekolah tersebut.

Pihak pengurusan Sekolah Southern Alamance Middle melakukan pemantauan dan mendapati pelajar masuk ke tandas dengan jangka masa yang lama kerana membuat aktiviti Tiktok dengan menggunakan cermin.

Ada dalam kalangan pelajar yang masuk ke tandas sembilan kali sewaktu pembelajaran berlangsung hanya untuk merakam kandungan Tiktok.

“Para pelajar asyik berulang alik ke tandas untuk tempoh yang lama dan merakam TikTok,” ujar wakil sekolah tersebut seperti dilaporkan New York Post.

“Kami berharap dengan tindakan ini (membuang cermin) ia akan membawa perubahan besar terutama pelajar tidak akan kerap dan menghabiskan masa yang lama di dalam tandas,” katanya lagi.

Selain membuang cermin, pihak sekolah memasang pas digital yang boleh mengesan berapa banyak kali seseorang pelajar masuk dan keluar daripada kelas