[Video] Bom Ditemui di Tapak Pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Berjaya Dimusnahkan

Bom seberat 125 kilogram (kg) jenis Aerial ditemui kira-kira 9.41 pagi, ketika kerja-kerja penggalian dilakukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bom itu kira-kira jam 9.50 pagi.

Bagaimanapun, bom tersebut berjaya dimusnahkan tanpa melibatkan sebarang kemalangan atau insiden yang tidak diingi.

“Bom berkenaan kemudiannya dimusnahkan oleh UPB dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di kawasan yang selamat pada jam 3.20 petang,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.