Home Berita Semasa Anjing Bertuan Serang Murid Berjalan Kaki Ke Sekolah

[Video] Anjing Bertuan Serang Murid Berjalan Kaki Ke Sekolah

Tular satu tangkap layar CCTV di mana seekor anjing yang bertuan mengejar dan menyerang murid sekolah yang sedang berjalan kaki ke sekolah.

Kejadian dipercayai berlaku di Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat pada pagi Selasa

Menerusi rakaman tersebut, seekor anjing berwarna putih dilihat menyerang salah seorang murid perempuan yang sedang berjalan kaki ke sekolah. Untuk seketika, anjing tersebut berjaya dihalang daripada terus-terusan menyerang murid berkenaan.

 

Namun, anjing tersebut kembali bertindak agresif dan menyerang murid tadi semula.

Seorang penduduk berhampiran yang berada situ menyedari kejadian itu dan terus mengejar anjing berkenaan dan menakutkan haiwan itu dengan sebatang kayu.

Kedua-dua murid berkenaan dibawa menaiki motosikal dan meninggalkan lokasi kejadian. Difahamkan kedua-dua mereka mengalami trauma dan salah seorang mengalami kecederaan.

Menerusi satu kenyataan, Majlis Bandaraya Seberang Perai memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan di rumah pemilik haiwan itu pada hari sama selepas mendapat laporan kejadian.
Bagaimanapun, anjing tersebut telah dipindahkan pemiliknya ke pusat perlindungan haiwan di Butterworth.
Sumber : Kosmo