Demi Duit Pencen, Anak Menantu Sorok Mayat Bapa

Tergamak seorang anak dan menantu menyembunyikan mayat ayah mereka hanya kerana wang pencen.

Bagaimanapun, taktik mereka akhirnya diketahui pihak berkuasa. Pasangan dari Kansas, Amerika Syarikat ini memakan wang pencen bapa mentua mereka, Mike Carroll, yang sudah meninggal dunia sebanyak AS$215,000 (RM1.1 juta).

Mereka sanggup menyembunyikan mayat mangsa selama enam tahun demi untuk mengambil wang persaraannya.

Tindakan licik mereka terbongkar selepas alat perentak jantung yang ada pada Mike Carroll telah terhenti dan menunjukkan yang mangsa telah meninggal dunia pada tahun 2016. Bagaimanapun, sehingga 2022 mayatnya tidak dijumpai.

Tertuduh, anak perempuan , Lynn Ritter dan menantunya, Kirk Ritter, masing-masing berusia 61 tahun didapati ‘berjoli sakan’ dengan berbelanja dari akaun bank milik bapanya yang mayatnya masih disimpan atas katil di rumah didiami mereka.