[Video] Anggota JPJ Cedera Ditumbuk Kelindan Lori

 

Seorang penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera ditumbuk oleh seorang kelindan lori seperti yang tular di media sosial semalam.

Sebelum kejadian, anggota yang bertugas bersama seorang lagi rakannya cuba menahan lori berkenaan. Menerusi video tersebut, kedua-dua anggota mengekori lori berwarna putih itu hingga tiba di satu ruangan parkir dipercayai perkarangan rumah.

Bagaimanapun, kelindan lori tersebut terus meluru ke arah anggota bertugas yang juga merakam kejadian dan menumbuknya. Berlaku juga provokasi terhadap anggota yang bertugas.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa.