Rupanya Michelle Yeoh Timang Cucu Bukan Anak

 

Muat naik gambar kaki bayi di Instagram, Michelle Yeoh disangka timang anak oleh peminat.

“Sedikit keajaiban pada hari pertama tahun 2024

“Tak tergambar betapa gembiranya saya untuk kegembiraan yang sangat istimewa ini,” tulisnya pada gambar tersebut.

Bagaimanapun, pelakon bertaraf antarabangsa kelahiran Ipoh itu memuatnaik beberapa gambar seterusnya dan menjelaskan bahawa kaki bayi tersebut merupakan cucunya.

“Thank you darling Nicolas and Darina for making us the happiest and proudest Grandparents!! Welcome baby Maxime,” kongsinya.

Terdahulu Michelle Yeoh melangsungkan perkahwinan dengan 28 Julai 2023 selepas mengikat tali pertunangan sejak tahun 2004.