Upin Ipin cipta sejarah

Filem animasi Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal mencipta sejarah apabila tersenarai antara 32 calon kategori Filem Animasi terbaik yang bakal dipertandingkan pada Anugerah Oscar Ke-92.

Filem terbitan Les’ Copaque Production, ini juga bakal bersaing dengan beberapa filem animasi antarabangsa yang turut dicalonkan antaranya Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.

Sementara itu perkongsian yang dibuat melalui laman Instagram rasmi Les’ Copaque itu juga turut mendapat ucapan taniah netizen yang rata-rata turut bengga dengan pencapaian watak animasi paling popular negara ini.

Untuk rekod filem ini juga menjadi filem animasi yang mendapat kutipan tertinggi di negara ini dengan nilai RM 25 juta.